Kami faham majlis tak selalunya berjalan seperti dirancang. Polisi ini menerangkan bila anda boleh mendapat refund, dan alternatif yang lebih baik bagi kedua-dua pihak.
Kelayakan Refund
Anda layak menerima refund jika kedua-dua syarat berikut dipenuhi:
- QR majlis BELUM diimbas oleh mana-mana tetamu, DAN
- TIADA gambar telah dimuat naik (event masih "pristine")
Sebab: sebaik QR digunakan atau gambar pertama masuk, perkhidmatan telah digunakan secara aktif.
Tempoh Permohonan
Permohonan refund mesti dibuat dalam tempoh 7 hari bekerja dari tarikh pembayaran.
Jumlah Refund
Jumlah refund = jumlah pembayaran tolak caj pemprosesan gateway (~3%).
Sebab: caj gateway (Chip) tidak dikembalikan kepada kami walaupun refund dibuat. Caj ini biasanya 1-3% bergantung kaedah pembayaran (FPX vs kad).
Jika kos sebenar Chip kurang daripada 3% bagi transaksi anda, kami refund mengikut jumlah sebenar (bukan flat 3%).
Alternatif: Tukar Tarikh Majlis
Lebih baik dari refund — anda tidak kehilangan caj gateway, dan kami berbesar hati untuk membantu majlis anda berjaya.
Anda boleh menukar tarikh majlis pada bila-bila masa sebelum majlis tanpa caj tambahan. Hubungi kami atau gunakan ciri tukar tarikh dalam dashboard event anda.
Kami mengesyorkan opsyen ini sebelum memikirkan refund — terutama jika majlis hanya ditangguhkan, bukan dibatalkan sepenuhnya.
Proses Refund
- Hubungi kami: dashboard → "Mohon Refund", atau email hello@gathrly.my
- Sertakan ID event dan sebab refund
- Kami semak kelayakan (belum scan + tiada gambar)
- Jika layak: refund diproses dalam 5-7 hari bekerja
- Jika tidak layak: kami tawarkan tukar tarikh atau jelaskan penolakan
Refund dikembalikan ke kaedah pembayaran asal. Bagi FPX, ia mungkin mengambil masa lebih lama (sehingga 14 hari bekerja bergantung kepada bank).
Situasi Tidak Layak Refund
Refund tidak diluluskan dalam keadaan berikut:
- QR sudah diimbas walaupun oleh anda sendiri untuk test
- Ada gambar yang dimuat naik (walaupun satu)
- Lebih daripada 7 hari bekerja dari pembayaran
- Pakej Free (tiada bayaran untuk direfund)
- Caj extend (RM29) yang sudah memberikan akses tambahan
- Refund sebahagian tidak ditawarkan
Refund Atas Sebab Teknikal
Jika perkhidmatan kami mempunyai gangguan teknikal yang ketara semasa majlis anda (cth: upload tidak berfungsi, galeri tidak boleh diakses), kami akan menilai kes secara berasingan dan boleh menawarkan:
- Refund penuh (tanpa potongan 3%)
- Kredit untuk majlis akan datang
- Lanjutan tempoh percuma
Hubungi kami dengan butiran masalah dan kami akan bantu menyelesaikan.
Pertanyaan
Soalan tentang refund? Email hello@gathrly.my dengan ID event anda. Kami akan respons dalam 24 jam pada hari bekerja.